BARISAN REVOLUSI NASIONAL
MELAYU PATANI (BRN)
PATANI MALAY NATIONAL REVOLUTIONARY
FRONT
SEBUAH FRON PEMBEBASAN PATANI
IS MANAGED BY THE STRONG RULING
HARDCORE MEMBERS OF BRN
(DITADBIR OLEH PEMUKA-PEMUKA
BRN)
DIKENALI DENGAN
MAJLIS PEMERINTAH REVOLUSI (MPR)
KNOWN AS
REVOLUTION COMMAND COUNCIL (RCC)
OF BRN.
The are known by their nicknames:-
(Dikenali dengan nama samaran:-)
President :
Abu Musa Al Jalal @ A. Yani
Deputy President :
Colonel Lutfi
Vice President :
Ustaz Abdul Aziz
Vice President :
Mohd. Fauzi
Vice President :
Abu Saffah
Secretary General :
Lukman Iskandar
Deputy Secretary General :
Abdulrahman Chaokunsaman
Deputy Secretary General :
A. R. Kabir
Committee Members :
Cikgu Bakar @ Hasbullah
Ahmad Matnor @ Ahmad Jabat
Abu Rijal
Abu Ridwan
A. Bukhari
Sauri
Darsono
Abdussalam
M. Dee
Datuk Ahmad
Abu Mirzan
Abu Rizal
Only few of them have been made public. One of them is Lukman Iskandar, originally known as Kaman Chaokunsaman, Ahmad Matnor, Cikgu Bakar and Halim Hasamah. Most of them still underground.
Ditubuhkan pada 13 March 1960,
bertempat di sebuah institusi pengajian islam yang terkenal, Sekolah Haji
Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri
dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali,
Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom. BRN ditadbir
oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota
DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina,
Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee. Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih
jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak
disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan
akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin
fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. haji Yusoff pula menubuhkan
sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN(S).
Ustaz Karim, Pengasas BRN
PEMBENTUKAN ANGKATAN BERSENJATA
BRN membentukan sayap militernya diberi nama ABREP ringkasan dari Angkatan Bersenjata Revolusi Patani, mengambil sempenan nama ABRI, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia. pada tanggal 10 Oktober 1968. Bapak Idris, terkenal dengan nama Pak Yeh dilantik menjadi panglimanya. Tok Ki dilantik menjadi naib panglimanya. ABREP melancarkan peperangan sengit dengan tentera-tentera kaum penjajah di seluruh tanahair. Beribu-ribu anggota militer dan polisi musuh telah dibunuh memalu serang-hendap, sabotasi dan lain-lain provokasi senjata.
BRN DILANDA KRISIS
Pada tahun 1972, BRN mula dilanda krisis dalaman apabila Tengku Jalal mengistiharkan dirinya keluar dari BRN dan membentuk sebuah fron sendiri diberi nama BNPP. Pak Yeh juga ikut serta dalam pembelotan tersebut, mengambil langkah bersekongkol dengan Tengku Jalal. Krisis ini berpunca atas alasan BRN masih kuat memperjuangkan ideologi sosialisma, yang condong ke arah komunisma.
ROMBAKAN & PENYUSUNAN SEMULA
BRN mula membuat reformasinya menjelang tahun 1973 dengan mengambil pemuka-pemuka baru bagi mengisis kekosongan DPP. Mereka termasuklah Abdulrahman Ahmad, Abdul Latif Matnor, Ahmad Majid, Shafie Basa, Abdullah Putra, Ahmad Subarjo, Kadir Mayo, Mokhtar Waba dan Wan Ahmad Lembut. Mereka merupakan ulamak-ulamak berkelulusan negara Arab, Malaysia dan Indonesia. Manakala di dalam angkatan bersenjata pula, Mat Piah diangkat menjadi panglima ABREP dengan Cikgu Ding sebagai pembantunya. Penentangan terhadap musuh diteruskan secara perang gerila di hutan-belantara. Ustaz Karim masuk hutan untuk memimpin ABREP selama 3 tahun (1972-1975)
PEMBENTUKAN BRIGED GERILA BANDAR
Bagi memperhebatkan peperangan secara gerila, BRN menubuhkan sebuah pasukan gerila bandar diberi nama GURBAN pada tahun 1974. Seorang tokoh baru dalam arena revolusi Patani diberi mandat untuk memimpin pasukan ini. Beliau ialah Lukman Iskandar, seorang graduan dari universiti teknology di Malaysia dengan dibantu oleh Masari Savari, graduan dari Algeria. Peperangan secara gerila ini semakin hebat. Banyak sasaran mush telah dibinasakan oleh ABREP dan GURBAN.
STRATEGI SECARA BAWAHTANAH
BRN meneruskan perjuangannya secara bawahtanah. Para pemimpinnya khususnya DPP, kebanyakannya berada di dalam tanahair air. Mereka terkenal sebagai public figure, tetapi tidak dikenali sebagai pemimpin BRN. Diantaranya termasuklah Amin, Presiden BRN yang menjadi Pengerusi, Majlis Agama Islam Propinsi Patani (MAIP). Pada detik itu MAIP dapat dilihat sebagai "pemerintah dalam pemerintah" karena dikuasai sepenuhnya oleh pemuka-pemuka BRN. Pemimpin GURBAN, Lukman, hidup sebagai seorang tenaga pengajar dibeberapa buah institusi pendidikan agama termasuk Thamwitya Mulniti dan Maahad darul Maarif, milik penuh MAIP.
BRN DILANDA KRISIS PIMPINAN
Pada tahun 1977 BRN dilanda krisis yang paling serius apabila berlaku sengketa diantara DPP dengan para pemimpin militernya. Sengketa ini bermula dari pembatasan kuasa ke atas Sekretaris Agungnya, Ustaz Karim Hassan oleh DPP. Krisis ini menular ke dalam ABREP dan GURBAN. Panglima-panglima ABREP dan GURBAN, yang dikatakan menyeleweng, telah dipecat oleh DPP. Ini menyebabkan ABREP dan GURBAN bangun menentang kewibawaan DPP. Sebuah sayap separa-militer, KOGAP, ditubuhkan oleh Ustaz Karim, juga menyertai ABREP dan GURBAN. Pada tahun 1979, ketiga-tiga cabang angkatan bersenjata BRN mengistiharkan pembubaran DPP dan meletakkan BRN di bawah sebuah majlis diberi nama MAGERAD (Majlis Gerakan Revolusi Dalam Negeri). MAGERAD dipimpin oleh tokoh-tokoh muda, kader BRN yang tidak mengiktiraf kewibawaan DPP. Beberapa orang anggota DPP telah dibunuh, dan sebagiannya melarikan diri ke luar negeri, termasuk Amin, Abdulrahman Ahmad, Ahmad Majid dan Latiff Matnor. Manakala Abdullah Putra dan Kadir Mayo dipenjarakan oleh pihak penjajah. Abdullah mati dalam penjara karena disiksa. Latiff, menyerah diri kepada penjajah, dan kembali ke rumahnya. Anggota DPP yang disingkirkan dan masih bergerak secara bawahtanah, membentuk satu kumpulan agama bernama Wahdah. Wahdah akhirnya dapat duduk dalam satu kandang dengan Partai Harapan Baru pimpinan Jenral Chavalit.
MAGERAD (MAJLIS GERAKAN REVOLUSI DALAM NEGERI)
Karim diangkat menjadi Presiden BRN, dan jabatan Sekretaris Agungnya berpindah kepada Ahmad Subarjo, sarjana lulusan dari universitas Indonesia. Lukman diangkat memegang potfolio Luar Negeri.
ANGGOTA MAGERAD
1. Abdul Karim Hassan
President
2. Ahmad Shariff
Deputy President
3. Ahmad Subarjo
Secretary General
4. Cikmuda Temiung
Deputy Secretary General
5. Lukman Iskandar
Secretary of Foreign Affairs
6. Abdullah Ismail
Secretary of Finance
7. Harun Kotabaru
Deputy Secretary of Finance
8. Zubir Hassan
Secretary of Interior
9. Fazil Kongpinang
Deputy Secretary of Interior
10. Zainunman
Secretary of Defense
11. Cikgu Ping
Deputy Secretary of Defense
12. Abdullah Berhak
Deputy Secretary of Foreign Affairs
13. Ishak Hasamoh
Secretary of Education and Social Affairs
14. Aziz Nat Tebing
Deputy Secretary of Education
15. Yahaya (Pakistan)
Secretary of Information
16. Ahmad Matnor
Deputy Secretary of Information
17. Cikgu Bakar
Member of Magerad
18. Haji Ali Khokpho
Member of Magerad
19. Ismail Jabat
Member of Magerad
20. Ramli Salapao
Member of Magerad
BERAKHIRNYA ERA MAGERAD
Pada tahun 1984, sebagian besar dari pemuka-pemuka BRN yang meneerajui MAGERAD telah memberontak menentang kepimpinan Ustaz Karim dan Ahmad Subarjo. Mereka menamakan diri mereka Kongres berikutan krisis politik di India pada detik itu. Turut serta dalam penderhakaan ini ialah Mat Piah dan pembantunya, Cikgu Pin. Manakala Lukman, yang meninjau situasi politik BRN mula mengatur strategi berbaik-baik dengan semua fraksi BRN. Akhirnya pada tahun 1986, Lukman membentuk sebuah pasukan militer atas restu Ustaz Karim, dikenali dengan nama PKRRP atau Pasukan Komando Revolusi Rakyat Patani. Sama ada Kongres atau BRN pimpinan Ustaz Karim, bernaung dibawah kekuatan dan kehebatan PKRRP.
Kongres dapat dilihat sebagai hancur binasa apabila pemimpinnya, Zainunman mati dibunuh di Jabat, sebuah daerah yang menjadi kekuatan pengaruh Ustaz Karim pada tahun 1988.
ERA PKRRP
Aktivitas PKRRP tidak banyak diketahui umum. Pasukan ini terkenal karena dipimpin oleh Lukman Iskandar, seorang tokoh kontroversi BRN yang menentang DPP. Objektif pembentukan pasukan ini kurang jelas. Dari kalangan Kongres atau BRN sendiri tiada siapa yang menyedari bahawa PKRRP itu ditubuhkan bagi tujuan mengambil-alih pimpinan BRN atau satu kudeta sulit/senyap dalam BRN. PKRRP dianggotai oleh anggota-anggota BRN yang mendapat latihan militer di Indonesia, Malaysia, Lebanon dan Libya. Lukman tidak menjadi kepala PKRRP sebaliknya ia dipimpin oleh seorang yang bergelar Kolonel A. Yani. A. yani diawal pembentukannya dipegang oleh Awang Abdullah, graduan sarjana dari Indonesia. Awang digantikan oleh Halim Hasamah, juga graduan dari Indonesia.
DIALOG-DIALOG KE ARAH PERDAMAIAN
Pada tahun 1991, berlaku perubahan polisi kaum penjajah terhadap tanah jajahannya, Patani. Pihak pemerintah di Bangkok telah membuat keputusan untuk mengadakan dailog-dailog menyelesaikan problem di Patani. Beberapa siri konfrensi telah diadakan secara terbungkus diantara PKRRP dan Tentera Bagian Eampat. Tentera Bagian Empat meminta PKRRP mengemukakan proposal ke arah perdamaian. PKRRP mengemukan satu proposal yanag diberi nama TUNTUTAN 22 PERKARA.
TUNTUTAN 22 PERKARA
Lukman had served as a teacher at various Islamic schools in Patani. He has a few thousands students; and many had been recruited as members of BRN as well as members of BRN's armed militias such as GURBAN (Urban Guerrillas), KOGAP (Constabulary Guards); ABRIP (Armed Forces) and PKRRP (Commando Brigade). | Lukman bertugas sebagai pendidik di beberapa buah institusi pengajian Islam di Patani. Beliau mempunyai beribu orang murid; dan sebagian besar direkrut menjadi anggota-anggota militia BRN saperti GURBAN (Gerila Bandar), KOGAP (Paukan Kepolisian), ABRIP (Angkatan Bersenjata) dan PKRRP (Pasukan Komando). |